tenDollar

Saturday 29 January 2011

bekalan coklat akan berkurang..??

salam semua,

Nie berita yang bang lie baru dapat tadi....Mungkin berita nie dah lama dah dan ada yang dah tahu....Tapi  bang lie saja nak update kat sini  just untuk share kat semua......^,^
..
..
..
Dunia berhadapan kemarau coklat menjelang 2014

ABIDJAN - Coklat mungkin tidak lagi dapat dinikmati orang ramai kerana dunia bakal berhadapan dengan masalah kekurangan coklat dalam tempoh beberapa tahun lagi, menurut amaran yang dikeluarkan pakar, kelmarin.

Pergolakan politik di Ivory Coast, iaitu negara yang menghasilkan 40 peratus biji koko di dunia, nyata sekali telah mengurangkan jumlah pekebun koko di negara itu.

Kebanyakan mereka terpaksa berpindah ke Afrika Barat kerana negara bergolak itu tidak lagi membenarkan tanaman koko diusahakan.

Program melatih para pekebun baru dan menyelesaikan masalah kekurangan bekalan koko juga adalah perkara yang mustahil.

Keadaan itu turut memberi kesan kepada syarikat perusahaan coklat yang terpaksa berhadapan dengan harga biji koko paling tinggi sejak lebih 30 tahun lalu.

Harga biji koko meningkat sebanyak 10 peratus pada bulan ini, sekali gus penganalisis meramalkan harga satu tan metrik boleh mencecah sehingga AS$3,720 (RM11,400).
















 sumber dari: sinar harian


p/s: demm....kalau lah ramalan tersebut benar-benar akan terjadi...pasni mungkin harga coklat akan melambung-lambung naik..dah jadi macam harga minyak masak pulak....heh!!!(psss..cepat simpan banyak-banyak stok coklat korang!!)

Wednesday 26 January 2011

berbaloikah kita...??

salam semua,

1)berbaloikah kita semua bekerja 12 jam sehari semata-mata nak dapatkan gaji RM500 sebulan??

 2)berbaloikah kita untuk terpaksa berjemur di tengah panas terik semata-mata nak dapat gaji ciput??

 3)berbloikah kita semua terpaksa  "miss"  waktu  solat semata-mata nak cover duit OT??

 4)berbaloikah kita dimaki/dicaci  setiap hari oleh bos semata-mata nak bayar duit ptpn/kptm??

 5)berbaloikah aku bekerja dengan gaji RM500 sebulan  semata-mata untuk sara hidup??(bayar
    pinjaman,makan minum,duit minyak...berapa banyak aku boleh simpan dalam sebulan....??)

 6) berbaloikah aku bawak moto 100 km/j semata-mata nak sampai tempat kerja sebelum pukul 7.00a.m
     hanya nak dapatkan elaun rajin.....??



 

kepada semua belia kat luar sana...aq nak bagitau sikit kat korang.....JANGAN PILIH KERJA,TAPI PILIHLAH GAJI.....kerja tukang kebun pon kalau gaji basic dah RM1000 ke atas sapa nak tolak,betul tak...?? Dengan fenomena "barang naik" yang berlaku kat negara kita nie..sapa boleh hidup dengan gaji RM500 kebawah....?? u all jangan terkejut coz masih ada syarikat2/majikan yang bayar gaji kepada pekerja diorang RM4oo....!!



p/s: sebab tue la bang liee lebih senang kerja sendiri.....usaha banyak,income banyak,usaha sikit,income sikit....  ^,^

Saturday 22 January 2011

2 bijik laptop skali gus......!!!!

minggu nie bang lie bizi sket...mana taknye...2 bijik kena format skali gus...latop acer ngn compac...aduuss...mana nak kena cari driver lagi(abes limit broadband aq..)pastuh dvd-rom buat hal pulak...naseb2..meh tgok camna rupa laptop tuh

sebelum format(grafik laptop acer tuh cam ganpang je..hehe)











sampai hari nie still x siap2 lagi(sebenarnya saja buat lambat2..hihi)...sebab tuh la bang lie jarang update entry baru...sedar2 je blog ni dah kena hack plak...cheh..!! chek kat entry nie

Friday 21 January 2011

sape hack blog aq....?? ~_~

salam,

adehhh....sape la yang kuang ajar buat kerja2  ccelaka neh...kalau tgok tajuk kat atas memang bleh cam kan apa aq nak cakap kan...??tatpi......apa benda yang kena hack neh....??

camni,pagi tadi bang lie bukak blog ada lagi comment2 dari entry susah ke.......??....then,bang gi la  smbahyang jumaat kt masjid pokok sena,.....pastu,bang lie log in semulal blog.......

aik....??hilang suma commment..??camna bleh jadi camni..??nak kata orang kacau laptop bang lie....x jugak,bilik aq dah  kunci dah sebelum kluar rumah....hadui....naseb2.....




p/s: kalau aq x dapat detect lagi x pa... kalau dapat detect....memang nak cari nahas la malaun orang tuh..

Monday 17 January 2011

susah ke ......??

salam sume...

miggu lepas member bang lie jumpa bang lie kat restoren nasi kandar(tempat..rahsie..).dia suruh bang lie format laptop dia..sepatotnya dah siap ari nie..tapi nak buat  camna...kesibukan mengatasi segalamnya..huhu...so,kepada member bang lie harap maafkan yer....Tapi ari nie bang lie bukan nak citer pasal tuh....bang lie nak citer perkara yang boleh kiter buat tapi rasa macam  susah bebenor nak buat....
haa..ape kebende tuh....meh tengok list kat bawah neh.....


1) mintak maaf













kalau nak memaafkan orang  bang lie pon boleh buat....tapi nak mintak maaf..hmm...bang lie rasa lebih besar dari mengangkat lori treler..bang lie pon tunggu raya puasa je..,,hehe


2) bayar hutang










haaa....ni kes aq menyampah sket.....setakat ari neh...alhamdulillah bang lie x berhutang  dengan orang lagi.(hutang ngn kptm je x abes lg..hehe) ...tapi orang yang berhutang dengan bang lie memanggg berlambak.......tiap kali bang lie bukak bab neh..slamber je diorang cakap "ari neh aq x ada duit lagi,sok boleh??"selalunya kes repair pc la neh...bila pc rosak,terkedek-kedek cari bang lie,bila pc ok je...cepat je diorang menghaibkan menhilangkan diri...bleh pulak "cipta" alasan pelik2...huh,ape punya spesis daaa...

3) bangun awal










kes ni mungkin korang boleh handle...tapitidak bagi bang lie..(what??)...huhu,aq ada 1 penyakit yang susah nak jumpa ubat..suka bangun lambat....aq lebih suka tidur pagi,start pukul 9 pagi sampai pukul 3 petang...yang peliknya, bila time malam rasa cam susah plak nak tidur..apaesal ea...?? aq dah try tutup mata atas katil,makan ubat tidur,hentuk-hentuk kat dinding*merapu*....pon x de hasil gak...ade ke tip2 lain nak bagi tidor malam ea..??






p/s: tengok...!! tengah sibuk2 taip entry neh...x sedar dah pukul 4 pagi dah...huh..!!bila la nak hilang "penyakit" neh....=>

Saturday 15 January 2011

mesyuarat agung blogger2 malaysia!!

 ape kata chek dulu  kat page bawah neh.....

Gembleng blogger Pakatan hadapi PRU 13(harakahDaily)


Sebenarnya bagi saya dunia seorang blogger tidak lepas dari sifat keikhlasan dan kejujuran semasa mengeluarkan berita, apa matlamat sebenar pemberitaan dan seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Datuk Nik abdul Aziz Nik Mat malam tadi ada dosa dan pahala dan ada kaitan dengan syurga dan neraka serta ditanya kelak di akhirat dengan apa yang ditulis dalam blog masing-masing,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily."




antara keratan akbar tersebut...







p/s : bagi bang lie inilah yang sangat2 bang lie setuju...nak tanya sket..apa yang kita dapat bila menipu dalam blog??.... happy??best??bangga?? lagi...??so.fikir-fikirkan dan renungkanlah...ahaks :P

Thursday 13 January 2011

kisah orang tua...

Pada satu hari seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah datang berjumpa dengan seorang doktor untuk membuat analisis kandungan jumlah sperma yang ada di dalam air maninya.

Kemudian doktor itu pun memberikan botol sambil berkata "Pakcik ambil botol ini dan esok datang balik jumpa saya bersama dengan contoh air mani pakcik di dalam botol ini ye."

Pada keesokan harinya, lelaki tua itu datang kembali bersama botol yang diberikan oleh doktor semalam. Namun begitu doktor itu tengok di dalam botol itu kosong saja dan tidak ada lansung air mani orang tua itu. Lalu doktor pun bertanya kepada orang tua tersebut, mengapa tak diisi contoh air mani ke dalam botol tersebut.

Lalu lelaki tua itu pun menjawap.
"Tuan doktor, ceritanya begini, memula tu saya gunakan tangan kanan saya tapi tak dapat jugak. Kemudian saya cuba guna pula tangan kiri saya pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri saya tolong pula. Isteri saya memula guna tangan kanan tapi tak dapat jugak, kemudian guna tangan kiri pun tak dapat jugak. Kemudian isteri saya cuba menggunakan mulut pula, memula dia pakai gigi dalam tapi tak dapat jugak, kemudian guna gigi di luar pun dapat jugak. Sungguh susah, akhirnya kami panggil anak perempuan jiran di sebelah rumah kami, dan dia juga telah mencuba gunakan mulut dan tangan tapi tak dapat-dapat jugak." Terang lelaki tua itu.







Doktor amat terperanjat. "Apa..! Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..??!!!!"

Lelaki tua itu menjawap lagi. "Ya betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami berusaha, tapi masih tak dapat-dapat juga nak bukak..............PENUTUP BOTOL nih...!"




sewa hotel mahal...

Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.

p/s:hehehe...naya je pelancong 2 kan....



Monday 10 January 2011

3 hari yang kacau bilau....



apasal pelk ja tajuk neh??..huhu cmni citenyer..dalam masa 3 ari internet bangl ie trus jadi slow..dalam masa 3 ari jugak aq demam..sebab tue x leh nk update entry baru...berukband ni pon 1 hal...kalu dia nak laju,dia laju,kalu dia nak slow,sliow je beruk sekor nih...suka ati dia je..hmmm...cmna ea??

p/s: naya kes ni...heheh

Thursday 6 January 2011

nk komen ape ea...??


tengah borink2 time nie..bang lie belek paper ari nie..tetiba terusha  terpandang 1 tajuk yg boleh kira menarik la....jap2, tgah copy paste sat...haa...tgok kt baawah....





Ramai wanita Britain peluk Islam

LONDON - Wanita kulit putih adalah antara golongan paling ramai memeluk Islam di Britain sepanjang tempoh 10 tahun lalu.

Jumlah penduduk negara Eropah itu yang memeluk Islam turut meningkat daripada 60,000 orang kepada 100,000 dalam tempoh sedekad, melalui tinjauan pertubuhan bukan kerajaan, Faith Matters.
Sekurang-kurangnya 5,200 penduduk Britain memeluk Islam sepanjang tahun lalu.

Wartawan, Lauren Booth (gambar) yang juga adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair menarik perhatian ramai apabila mengumumkan telah memeluk Islam, tahun lalu.

Tinjauan yang dijalankan terhadap 122 mualaf itu menunjukkan sebanyak 56 peratus daripada mereka adalah rakyat Britain, dan 62 peratus lagi merupakan wanita kulit putih.




bang lie dapat sumber dari sinar harian  hari nie..hmm, ape la nk bg komen kt atas nie ??

p/s : senang cite...no komen...hohoho







Tuesday 4 January 2011

lawak= Haram Menikah Dengan Gadis Satu Kampung

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'sasau apo haaa'?! 
 
 

singapura kedua terbaik dunia...??

Ekonomi Singapura kedua terpesat di dunia

SINGAPURA - Ekonomi Singapura dijangka terus berkembang kepada 14.7 peratus pada 2010, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI).

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan perkembangan semasa negara itu menyebabkan pertumbuhan ekonomi paling pesat selepas Qatar.

Laporan awal menunjukkan ekonomi negara itu meningkat sebanyak 12.5 peratus pada suku tahun keempat 2010 berbanding suku tahun ketiga dalam tahun yang sama sebanyak 10.5 peratus.

MTI akan mengeluarkan anggaran awal Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) untuk menilai prestasi sumber ekonomi bagi tempoh suku tahun keempat dan sepanjang tahun 2010 . 

 Ini berita yg bang lie baru dapat tadi..sumber dari sinar harian...kekadang bang lie jeles gak apasal kita tak semaju diorang...ya,maybe singapore bukan negara islam ,diorang membangun x ikut cara islam,tapi dengan hasil bumi yang melimpah ruah kt negara kita..kenapa kita still terkebelakang dgn singapore..so,x mustahil ekonomi kita lebih tip top maju dr diorang.. ;p


p/s: it just pendapat bang lie je..so,suma orang x sama pendapat,right..?? huhu

Sunday 2 January 2011

~salam pertama~ ^,^






masih smpat lg kot nk ucap slamat taun baru??huhuhu...akhirnya trcapai gak azam taun baru aq nk wat blog rojak merapu neh..hahah..i'm still new at here..hmmm....ape org ckap?? newbie?? heh!! x kesahlah apa pon..janji gua stedy happy...ahaks!
...
...
...
...
...
...
...
...
...
asal nama blog nie bang liee??huhu...2 sbanarnya nick name admin mase stdy dulu..asalnya diorang panggil liee aje,tp bila dah senior tpaksa la junior2 pggil bang(abang) liee..hohoho(nada eksyen)..so,lekatlah nick 2 smpai skang..

p/s: wish kt diri sndiri:welcome 2 blogger's world..(ayat macam nk muntah.. :p)

LIKE..LIKE...LIKE....

iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yang nie pon usha gak...^_^