salam semua,
Nie berita yang bang lie baru dapat tadi....Mungkin berita nie dah lama dah dan ada yang dah tahu....Tapi bang lie saja nak update kat sini just untuk share kat semua......^,^
..
..
..
Dunia berhadapan kemarau coklat menjelang 2014
ABIDJAN - Coklat mungkin tidak lagi dapat dinikmati orang ramai kerana dunia bakal berhadapan dengan masalah kekurangan coklat dalam tempoh beberapa tahun lagi, menurut amaran yang dikeluarkan pakar, kelmarin.
Pergolakan politik di Ivory Coast, iaitu negara yang menghasilkan 40 peratus biji koko di dunia, nyata sekali telah mengurangkan jumlah pekebun koko di negara itu.
Kebanyakan mereka terpaksa berpindah ke Afrika Barat kerana negara bergolak itu tidak lagi membenarkan tanaman koko diusahakan.
Program melatih para pekebun baru dan menyelesaikan masalah kekurangan bekalan koko juga adalah perkara yang mustahil.
Keadaan itu turut memberi kesan kepada syarikat perusahaan coklat yang terpaksa berhadapan dengan harga biji koko paling tinggi sejak lebih 30 tahun lalu.
Harga biji koko meningkat sebanyak 10 peratus pada bulan ini, sekali gus penganalisis meramalkan harga satu tan metrik boleh mencecah sehingga AS$3,720 (RM11,400).
sumber dari: sinar harian
p/s: demm....kalau lah ramalan tersebut benar-benar akan terjadi...pasni mungkin harga coklat akan melambung-lambung naik..dah jadi macam harga minyak masak pulak....heh!!!(psss..cepat simpan banyak-banyak stok coklat korang!!)
oke lagi syok kalo harga coklat naek . sbb saya tak makan coklat . haha . bnda manis sume kureng maaa ;PP
ReplyDelete@oshin bang lie tak la makan slalu tapi kalau coklat best2 ada depan mata...nyum2....^,^
ReplyDelete