tenDollar

Tuesday 26 April 2011

zaman mesin taip sudah berakhir....

salam sejahtera semua....

tadi masa baca paper kat kosmo bang liee terpandang  1 tajuk yang agak sentimental...uhuk2 sedih yang amat2 korang baca la sendiri.....

Kilang mesin taip terakhir di dunia ditutup


 

MUMBAI, India - Syarikat Godrej and Boyce yang menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai, lapor sebuah akhbar semalam.
Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer.

untuk berita penuh klik sini

 

p/s : bila dipikir2 balik rasa kesian gak kat  kilang tue..tapi apa nak buat..dunia teknologi sentiasa berkembang dari masa ke semasa .kalau still nak guna mesin taip lama..camna uolz nak guna printer ngn scanner..??silap2 nak maen game d0tA  pon tak boleh .noooo !!!  kalau boleh bang liee nak simpan satu untuk kenang kenangan...hehe  ^,^

Friday 22 April 2011

mudah.my berwajah baru....

 


salam sejahtera semua...

masa bang liee bukak mudah.my coz nak tengok motor second hand apa yang menarik hari nie...tetiba bang lie terpandang homepage untuk mudah.com dah berubah....wahhh..dah semkin menarik berbanding dahulu...












bang liee tak pasti masa bila diorang tukar design baru coz lama tak masok page nie..tapi memang lagi mantap la dari dulu hehe3...


p/s : kalau korang nak tau...mudah.my merupakan salah satu laman web yang paling kerap dilawati oleh rakyat malaysia.. ^,^

Wednesday 20 April 2011

adverlets oke ker..??

salam sejahtera semua....

hmmm...memula skali..sori ea coz lama x update entry..aku sebok sangat pasal baru ja stat keja..ada masa aku citer pasal nie.. oke..aritu bang liee ada bagitau nak citer pasal adverlet kan..hmm..disebabkan masa yang amat terhad...aku pon pakai search je  kat google..haha  tq ye cik google... cari punya cari...dah jumpa entry2 yang berkaitan ngn adverlet..anyway tq kepada blogger2 lain yang banyak explain pasal adverlet nie...uolz kalu nak tau gak pasal adverley nie boleh klik sini dan sini . oke...?? dah tengok...?? so,kepada uolz semua boleh la buat penilaian sendiri..

p/s: pendapat aku..biarlah aku mencuba dulu..tak salah kan mencuba..?? bak kata orang  sendiri cuba sendiri rasa.. ^,^

Saturday 9 April 2011

pertandingan ratu mak nyah malaysia !!

salam sejahtera semua...

lihat keratan akbar hari nie...

Alasan buat kerja amal

 











KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

sumber  : harian metro

eww....nak citer pon dah rasa geli geleman...tapi yang heranya...apasal tak de sebarang tindakan dari pihak berkuasa...?? atau pon pihak berkuasa pon tumpang  layan sekaki...??haha lantak korang la..jangan buat kat tempat bang liee sudah...kang x pasal2 kena simbah ngn air longkang plak..haha..


p/s : sok cadang nak update pasal adverlets plak coz  ada sorang bloger kata adverlet nie tipu..betol ke..?? hmmm.......

Friday 8 April 2011

hati-hati...email korang mungkin telah digodam !!

salam sejahtera semua...


100 juta alamat e-mel bakal dijual

WASHINGTON: Penggodam berjaya melakukan rompakan data siber terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat membabitkan berjuta-juta nama dan e-mel daripada firma pemasaran online, Epsilon, dan merancang untuk menjual maklumat itu kepada penjenayah siber..

sumber  : berita harian 

p/s : uolz semua kena hati2 ngn hacker nie..diorang mungkin mensasarkan e-mail2 dari syarikat2  yang besar..tapi tak mustahil email2 personal cam kita akan di hack...so,beringat2 la ye...kalau boleh..rajin2 la tukar pasword email sebulan sekali supaya susah nak digodam.. 

Thursday 7 April 2011

selepas pegawai kastam ..pegawai imigresen pulak menyusul

salam sejahtera semua...

baru je nak panas kisah pegawai2 kastam kantoi ..baru2 nie pegawai imigresen pula naik mahkamah..mungkin diorang pon nak tumpang glamour kot...hmmmm

Lapan pegawai Imigresen didakwa

SHAH ALAM – Lapan pegawai Imigresen dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 83 pertuduhan menerima suapan bernilai RM122,140 bagi memudahkan urusan kemasukan penumpang Indonesia tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan tahun lalu..

untuk berita penuh klik sini

aduhai....mana pergi ilmu agama yang korang blajar masa skolah menengah dulu...n then..x cukup lagi ke gaji yang korang dapat tue..??gaji basic campor ngn segala mak nenek elaun bang liee rasa dah cecah  rm1500 ke atas dah...tue kalau jawatan pegawai cam korang.. keja makan gaji kat kedah nak dapat rm 900 sebulan pon  "sakit"...heh...so,bersyukur la korang gaji n keja tetap...

p/s : jangan biar tamak menjadi tuhan dalam kepala otak kita..mengerti...??

Wednesday 6 April 2011

pegawai kastam yang disiasat SPRM maut "terjatuh" bagunan

salam sejahtera semua....

lihat keratan akbar nie...

Maut terjatuh bangunan SPRM

KUALA LUMPUR – Seorang Penolong Pengarah Kastam Selangor yang ditahan semalaman pada 1 April lalu bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram ditemui mati di tingkat satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur di Jalan Cochrane di sini semalam...

 untuk berita penuh klik sini...

pastu lihat plak keratan akbar nie...

Takziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM

KUALA LUMPUR, 6 April: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat kesal dengan kejadian yang berlaku ke atas seorang pegawai kastam yang bertugas di Pelabuhan Klang yang ditemui mati ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini..
untuk berita penuh klik  sini

dah tengok...?? see..inilah yang membuatkan bang liee konfius sket...macam mana orang dewasa  boleh "terjatuh"...kalau budak2 terjatuh masa bermain  logik  la jugak ...hmmm...bang liee pon malas nak pikir banyak2..tapi bila dah terbaca dalam akbar harian..kita kenalah ambik tahu n beri pendapat...

p/s : yang pasti..kesan akibat rasuah memag dasyat...walaupon x dipastikan lagi samada bersalah atau x...masyarakat dah mula memandang serong terhadap orang tersebut..so,kepada pegawai2 govement ...  jangan tunggu kena rush baru nak insaf...   ^,^

Tuesday 5 April 2011

uolz suma buat aku demam terkejut...!!

salam sejahtera semua...

demm...apsal plak nak demam nie...errr sebenarnya x de apa2 pon..acah2 je lebih...hehe citernya masa bang liee singgah di blog otai  ben ashaari ..bang liee dengar abg ben nak wat gegar 1 ribu blog edisi april.....erm,rasa2 macam best je...so dengan tanpa bersalah..trus je join segmen tue...muahaha...

tadi tue citer pasal  join segmen abg ben....besoknya(hari nie)bila bang liee bukak blog...bang liee telah diterjah oleh sekumpulan manusia x berhati perut ayat melampau ....oh tidak..!!!   hehehe...

pepon...thanks kepada abg ben sebab buat segmen yang menarik n banyak tolong newbie2 cam bang liee...yang pasti... follower bang liee dah naik secara mendadak(walaupon baru ciput....) disebabkan oleh segmen tue...

Saturday 2 April 2011

al-fatihah untuk sri bayu...

salam sejahtera semua....

Seri Bayu meninggal dunia


KUALA LUMPUR - Komposer dan penulis lirik, Jamaludin Sulik atau lebih dikenali sebagai Seri Bayu, 44, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, malam tadi.
Menurut anak angkat Allahyarham, Sarina Abdul Ghani, 29, Seri Bayu meninggal pada pukul 8.30 malam akibat penyakit saraf motoneuron yang dihidapinya sejak tahun 2004.
"Arwah kritikal sejak tiga hari lalu sebelum dia dimasukkan ke Hospital Port Dickson semalam (kelmarin),'' katanya ketika dihubungi semalam.
Sarina berkata, usaha mereka untuk menghubungi keluarga dan anak Seri Bayu gagal.

sumber : kosmo 

bang liee mengucapkan takziah kepada keluaga dan rakan2 yang memgenali sri bayu... sepanjang hidupnya...banyak dugaan yang terpaksa beliau tempuh (sedih sangat2 kisah hidupnya..)..tapi bang liee nampak beliau sentiasa  tenang sampailah ke akhir hayat beliau....

akhir kata.... al-Fatihah........

LIKE..LIKE...LIKE....

iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yang nie pon usha gak...^_^