tenDollar

Wednesday 14 December 2011

BAUCHER BUKU RM200 KEPADA STUDENT IPTA,IPTA....

salam sejahtera semua......

pengumuman kepada semua pelajar2 bagi tingkatan 6,IPTA,IPTS..nie ada satu berita nk kasitaw kt korang...hehehh nada syok .bermula jan 2012 nie semua nama2 yang terlibat layak mendapat baucher RM200(satu baucher RM50)....

Di bawah ni adalah syarat2 untuk mendapat baucer Rm 200 tersebut..
1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4.Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5.Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

p/s:bila bang liee baca syarat2 no 8 tue...trus x bleh nak salah guna untuk beli benda lain....hehehhh ..tapi student2 boleh gunakan duit baucher nie bagi mengurangkan perbelanjaan duit ptptn..ye tak???  ^,^

Thursday 6 October 2011

laman web apple bagi memperingati steve jobs..



korang mesti taw kan pengasas apple dah meninggal dunia pada hari nie..so,pihak apple telah meletakan muka steve kat web page diorang....uolz boleh chek kat www.apple.com (buat masa skang....)



Thursday 29 September 2011

masa yang terbatas.....

salam sejahtera semua.... ^,^

sebelum memulakan bicara..biar bang liee buang habuk kat blog nie dulu....fuuh...fuuh.. dah la kot.... hehehh..
nampaknya lama jugak bang liee x update blog nie ea..huhu...

 pepon...sori diucapkan to all of you sebab x bagitau awal2 yang bang liee dah melanjutkan pelajaran kat politeknik sultan abdul halim mua'dzam shah(polimas) .jurusan yang bang liee amek ialah  diploma teknologi maklumat (pengaturcaraan) jemm... so,kebanyakan masa2 bang liee banyak habis di polimas...kalu free pon borak2 ngn member2 je,,heheh

skang nie pon dah stat bizy ngn mini projek dan mid term demm...so,kalau bang liee ada masa...insya allah bang liee akan sedaya upaya mengupdate blog yang x seberapa macho neh...huhu

p/s: alangkah nikmatnya kalau satu hari sama ngn 48 jam (berangan...)

Tuesday 17 May 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

salam sejahtera semua...


pagi tadi ada satu perbualan di antara A dan B di suatu tempat...nak dengar...??meh bang liee preview sket...





A :"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

B :"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

A :"Baitullah tu apa?"
      ...
B :"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

A :"Allah ada dalam tu?"

B :"Tak.."

A :"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"


 errr....bang liee  x de idea la nak sambung citer nie...hehehhh... kalau nak tau gak penamat citer nie...klik sini
^,^

Tuesday 26 April 2011

zaman mesin taip sudah berakhir....

salam sejahtera semua....

tadi masa baca paper kat kosmo bang liee terpandang  1 tajuk yang agak sentimental...uhuk2 sedih yang amat2 korang baca la sendiri.....

Kilang mesin taip terakhir di dunia ditutup


 

MUMBAI, India - Syarikat Godrej and Boyce yang menjadi pengeluar mesin taip terakhir di dunia terpaksa menghentikan operasinya dan hanya meninggalkan beberapa ratus buah mesin taip dalam stoknya sebelum dijual kepada orang ramai, lapor sebuah akhbar semalam.
Penutupan kilang itu dipercayai akibat permintaan terhadap mesin taip semakin berkurangan sejak 10 tahun lalu selepas orang ramai beralih kepada komputer.

untuk berita penuh klik sini

 

p/s : bila dipikir2 balik rasa kesian gak kat  kilang tue..tapi apa nak buat..dunia teknologi sentiasa berkembang dari masa ke semasa .kalau still nak guna mesin taip lama..camna uolz nak guna printer ngn scanner..??silap2 nak maen game d0tA  pon tak boleh .noooo !!!  kalau boleh bang liee nak simpan satu untuk kenang kenangan...hehe  ^,^

Friday 22 April 2011

mudah.my berwajah baru....

 


salam sejahtera semua...

masa bang liee bukak mudah.my coz nak tengok motor second hand apa yang menarik hari nie...tetiba bang lie terpandang homepage untuk mudah.com dah berubah....wahhh..dah semkin menarik berbanding dahulu...












bang liee tak pasti masa bila diorang tukar design baru coz lama tak masok page nie..tapi memang lagi mantap la dari dulu hehe3...


p/s : kalau korang nak tau...mudah.my merupakan salah satu laman web yang paling kerap dilawati oleh rakyat malaysia.. ^,^

Wednesday 20 April 2011

adverlets oke ker..??

salam sejahtera semua....

hmmm...memula skali..sori ea coz lama x update entry..aku sebok sangat pasal baru ja stat keja..ada masa aku citer pasal nie.. oke..aritu bang liee ada bagitau nak citer pasal adverlet kan..hmm..disebabkan masa yang amat terhad...aku pon pakai search je  kat google..haha  tq ye cik google... cari punya cari...dah jumpa entry2 yang berkaitan ngn adverlet..anyway tq kepada blogger2 lain yang banyak explain pasal adverlet nie...uolz kalu nak tau gak pasal adverley nie boleh klik sini dan sini . oke...?? dah tengok...?? so,kepada uolz semua boleh la buat penilaian sendiri..

p/s: pendapat aku..biarlah aku mencuba dulu..tak salah kan mencuba..?? bak kata orang  sendiri cuba sendiri rasa.. ^,^

Saturday 9 April 2011

pertandingan ratu mak nyah malaysia !!

salam sejahtera semua...

lihat keratan akbar hari nie...

Alasan buat kerja amal

 











KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

sumber  : harian metro

eww....nak citer pon dah rasa geli geleman...tapi yang heranya...apasal tak de sebarang tindakan dari pihak berkuasa...?? atau pon pihak berkuasa pon tumpang  layan sekaki...??haha lantak korang la..jangan buat kat tempat bang liee sudah...kang x pasal2 kena simbah ngn air longkang plak..haha..


p/s : sok cadang nak update pasal adverlets plak coz  ada sorang bloger kata adverlet nie tipu..betol ke..?? hmmm.......

Friday 8 April 2011

hati-hati...email korang mungkin telah digodam !!

salam sejahtera semua...


100 juta alamat e-mel bakal dijual

WASHINGTON: Penggodam berjaya melakukan rompakan data siber terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat membabitkan berjuta-juta nama dan e-mel daripada firma pemasaran online, Epsilon, dan merancang untuk menjual maklumat itu kepada penjenayah siber..

sumber  : berita harian 

p/s : uolz semua kena hati2 ngn hacker nie..diorang mungkin mensasarkan e-mail2 dari syarikat2  yang besar..tapi tak mustahil email2 personal cam kita akan di hack...so,beringat2 la ye...kalau boleh..rajin2 la tukar pasword email sebulan sekali supaya susah nak digodam.. 

Thursday 7 April 2011

selepas pegawai kastam ..pegawai imigresen pulak menyusul

salam sejahtera semua...

baru je nak panas kisah pegawai2 kastam kantoi ..baru2 nie pegawai imigresen pula naik mahkamah..mungkin diorang pon nak tumpang glamour kot...hmmmm

Lapan pegawai Imigresen didakwa

SHAH ALAM – Lapan pegawai Imigresen dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 83 pertuduhan menerima suapan bernilai RM122,140 bagi memudahkan urusan kemasukan penumpang Indonesia tanpa perlu mematuhi syarat yang ditetapkan tahun lalu..

untuk berita penuh klik sini

aduhai....mana pergi ilmu agama yang korang blajar masa skolah menengah dulu...n then..x cukup lagi ke gaji yang korang dapat tue..??gaji basic campor ngn segala mak nenek elaun bang liee rasa dah cecah  rm1500 ke atas dah...tue kalau jawatan pegawai cam korang.. keja makan gaji kat kedah nak dapat rm 900 sebulan pon  "sakit"...heh...so,bersyukur la korang gaji n keja tetap...

p/s : jangan biar tamak menjadi tuhan dalam kepala otak kita..mengerti...??

Wednesday 6 April 2011

pegawai kastam yang disiasat SPRM maut "terjatuh" bagunan

salam sejahtera semua....

lihat keratan akbar nie...

Maut terjatuh bangunan SPRM

KUALA LUMPUR – Seorang Penolong Pengarah Kastam Selangor yang ditahan semalaman pada 1 April lalu bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram ditemui mati di tingkat satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur di Jalan Cochrane di sini semalam...

 untuk berita penuh klik sini...

pastu lihat plak keratan akbar nie...

Takziah: Bawa 'kain putih' kalau disiasat SPRM

KUALA LUMPUR, 6 April: Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat kesal dengan kejadian yang berlaku ke atas seorang pegawai kastam yang bertugas di Pelabuhan Klang yang ditemui mati ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini..
untuk berita penuh klik  sini

dah tengok...?? see..inilah yang membuatkan bang liee konfius sket...macam mana orang dewasa  boleh "terjatuh"...kalau budak2 terjatuh masa bermain  logik  la jugak ...hmmm...bang liee pon malas nak pikir banyak2..tapi bila dah terbaca dalam akbar harian..kita kenalah ambik tahu n beri pendapat...

p/s : yang pasti..kesan akibat rasuah memag dasyat...walaupon x dipastikan lagi samada bersalah atau x...masyarakat dah mula memandang serong terhadap orang tersebut..so,kepada pegawai2 govement ...  jangan tunggu kena rush baru nak insaf...   ^,^

Tuesday 5 April 2011

uolz suma buat aku demam terkejut...!!

salam sejahtera semua...

demm...apsal plak nak demam nie...errr sebenarnya x de apa2 pon..acah2 je lebih...hehe citernya masa bang liee singgah di blog otai  ben ashaari ..bang liee dengar abg ben nak wat gegar 1 ribu blog edisi april.....erm,rasa2 macam best je...so dengan tanpa bersalah..trus je join segmen tue...muahaha...

tadi tue citer pasal  join segmen abg ben....besoknya(hari nie)bila bang liee bukak blog...bang liee telah diterjah oleh sekumpulan manusia x berhati perut ayat melampau ....oh tidak..!!!   hehehe...

pepon...thanks kepada abg ben sebab buat segmen yang menarik n banyak tolong newbie2 cam bang liee...yang pasti... follower bang liee dah naik secara mendadak(walaupon baru ciput....) disebabkan oleh segmen tue...

Saturday 2 April 2011

al-fatihah untuk sri bayu...

salam sejahtera semua....

Seri Bayu meninggal dunia


KUALA LUMPUR - Komposer dan penulis lirik, Jamaludin Sulik atau lebih dikenali sebagai Seri Bayu, 44, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan, malam tadi.
Menurut anak angkat Allahyarham, Sarina Abdul Ghani, 29, Seri Bayu meninggal pada pukul 8.30 malam akibat penyakit saraf motoneuron yang dihidapinya sejak tahun 2004.
"Arwah kritikal sejak tiga hari lalu sebelum dia dimasukkan ke Hospital Port Dickson semalam (kelmarin),'' katanya ketika dihubungi semalam.
Sarina berkata, usaha mereka untuk menghubungi keluarga dan anak Seri Bayu gagal.

sumber : kosmo 

bang liee mengucapkan takziah kepada keluaga dan rakan2 yang memgenali sri bayu... sepanjang hidupnya...banyak dugaan yang terpaksa beliau tempuh (sedih sangat2 kisah hidupnya..)..tapi bang liee nampak beliau sentiasa  tenang sampailah ke akhir hayat beliau....

akhir kata.... al-Fatihah........

Wednesday 30 March 2011

google sambut robert bunsen's besday....!!

salam sejahtera semua...

tadi masa bukak  page google untuk search fesbok..bang liee 'ter' usha  1 pic yang agak menarik....jom pakat2 tengok..


       
klik untuk besarkan


errr.....sapa robert bunsen nie...??  tak pe....tak pe....mintak bantuan encik wikipedia  hehe...  bang liee  sebenarnya malas nak ulas panjang2,,,so, sapa2 yang nak tau biodata robert...klik sini..


p/s  : kalaulah encik google sambut besday bang liee....ahaks !!  (berangan)

Tuesday 29 March 2011

kalau x mampu...jangan berpoligami

salam sejahtera semua...

heh...mood untuk malas update entry dah hilang..entah tiba2 hari nie rasa rajin terlebih plak..hurmm Dan tetiba plak nak citer pasal poligami..why..??

haaa...blogger2 pompuan mesti  'mendidih' bila dengar perkataan poliga......opss x nak sebut bg penuh..muahaha

bercakap soal kemampuan..suma dah tau kan....kalau nak berpoligami  kena la mampu dari segi  $$,kewangan,taraf hidup... dll eh..macam sama je point2 tue..hihi  Camna  kalau x mampu  tapi nakjugak  'tambah cawangan' ??  nah...nie la akibatnya....








beli la keta bang oooii....kang x pasal2 kena saman...ahaks..!!

Sunday 27 March 2011

Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak Bulan 4-6 2011

salam sejahtera aemua....

bang liee sebenarnya dah lama ikut prkembangan blog bdk botak nie...memg best sgt2 blog dia...so,bila dengar bdk botak  nk wat bloglist...terus naik semangat bang liee nak wat entry...muahaha....

nak bagitau sket..bang liee nie seorg   LELAKI....

kalau nk join klik sini

p/s : bdk botak cuma nk 100 org je....so,cepat2 la ye...hehe

Sunday 13 March 2011

Rakyat Malaysia paling tinggi bazir air...!!

salam sejahtera semua...

lihat keratan akbar dibawah...

Rakyat Malaysia paling tinggi bazir air

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia antara pengguna yang paling banyak membazir air berbanding negara lain di Asia Tenggara.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura (155 liter) dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.
Katanya, kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat.

"Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yang membawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan," katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.

Chin berkata, mengikut kajian itu, 70 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mungkin mengurangkan jumlah penggunaan air di rumah masing-masing pada tiga tahun akan datang.-Bernama

sumber: sinar harian

p/s: nice.....mungkin itu satu rekod yang 'membanggakan'  ^,^



Thursday 10 March 2011

babai maxis.....helllloooo celcom..!! ^,^

salam sejahtera semua...

hmmm...lama jugak ya bang liee menghilang kan...dekat 2 minggu la jugak..tengok..!! dah berhabuk blog nie..muahaha..err...berbalik pada tajuk atas nie..bang liee sebenarnya dah tukar pakej broadband dari maxis kepada celcom...why..?? nie  sebab2 yang bang liee boleh bagi....

1 ) harga lagi murah dari maxis.. .(maxis RM75/bulan untuk 3.5G tapi kalau celcom baru RM68)

2) line 3G celcom lagi mantap dari maxis...(area kg bang liee memang susah nak dapat line 3G maxis..kadang2 dapat pon 1 bar je..tue yang jarang update entry baru..hehe..)

3)errr....dah la kot..x de point lagi..hehe3...

bang liee x  rasa menyesal pon 'tinggalkan' maxis sebab x de kontrak dengan maxis...  ^,^

Tuesday 22 February 2011

nak tau kegunaan lain bagi kopi ngn teh...??

salam sejahtera semua....

korang pernah minum teh..?? kopi...?? dua-dua tak pernah...?? ish2...berlagak ea korang..hehe3..okey..untuk pengetahuan korang suma..kopi dan teh juga  boleh dijadikan ubat dan petua dalam kehidupan seharian kita...


1) boleh mnyembuhkan luka

bila mendapat luka..ambil sedikit serbuk kopi dan turapkan/tempelkan  pada luka tersebut..ini kerana serbuk kopi dapat menghentikan airan darah dengan cepat..walaupon terasa agak pedih..namun luka tersebut akan cepat sembuh dan meninggalkan parut yang tidak ketara..

2) melawaskan perut

mungkin ada di antara kita bermasalah untuk membuang air dengan sempurna..caranya, bancuh kopi dengan pekat..jangan campurkan gula, tapi campurkan sedikit garam..minum pada waktu pagi atau sebelum tidur..insya-Allah sistem penjanaan perut akan berfungsi dengan lebih baik...

3) hilangkan bau hanyir ikan/daging

kadang2, bau hanyir pada tangan selepas menyiang ikan sukar untuk dihilangkan..korang boleh cuba petua nie..ambil sedikit serbuk teh..lumurkan pada tangan..biarkan seketika barulah tangan dibilas seperti biasa...malah serbuk teh juga dapat menjadikan kulit tangan bertambah halus dan lembut..

4) baja tumbuhan

serbuk teh dan kopi yang dah digunakan  janganlah dibuang begitu sahaja...kumpul hampas teh dan kopi nie lalu taburkan  pada perdu pokok buah-buahan atau bunga di halaman rumah korang..tumbuh-tumbuhan akan bertambah subur kerana hampas teh dan kopi boleh bertindak sebagai  baja yang baik dan murah


okey..skrang u'all dah tau kan..hehe3..so,korang suma boleh mencuba kalau berminat......okey...see ya  ^,^

jom orang utara....join "KAMI BLOGGER UTAGHA....!"

salam sejahtera semua.....

kepada blogger2 utara semua...meh meriahkan group nie kat fesbuk korang!!

  
okey...nie list serba sikit pasal  bang liee.....
nama samaran ;bang liee
duduk dekat: area pokok sena..kedah ...

korang nak join.....??  klik sini  ..   ^,^

4 jam baru siap button reply..!!

salam sejahtera semua...

hari nie bang liee nak kasi cerita yang santai2 je okey...eh..!!korang prasan tak semalam bang liee tak update entry baru?? kenapa ea...??errrr...apa kata korang  gi tengok kat ruangan komen kat bawah..?? ada tak button repply..?? haaa...tue la sebabnya..!!

sebenarnya masa bang liee tengah blogwalking...tetiba terjumpa plak satu tajuk entry yang nampak cam best....."cara2 tambah button reply kat blog".....hmmm..nampak cam menarik...nak try lah......try punya try...4 jam jugak la nak ambik masa siap...huh..!!















tau kenapa ambik masa lama na buat benda neh..?? pasal buat tak jadi2...hehe3...mula2 tue menyirap la jugak metabolisma2 darah bang liee ..tapi dek kerana tahap kesabaran yang tinggi...akhirnya bang liee berjayaa jua (chewaah..ayat skema..)

u'all yang belum buat button reply boleh ikut tutorial kat blog nie ...bang liee sebenarnya  malas nak citer step2 benda nie  (malas nak print screen sebenarnya.....)  ok...tue saja untuk entry kali nie....see ya....     ^,^

Sunday 20 February 2011

PANAS.....!! fan page orang suka melancap pula ditubuhkan....!!!

salam sejahtera semua.....

entry kali  ini bang liee teruskan dengan menerjah beberapa lagi page2  fan/group  dalam  fesbuk  untuk  dijadikan  pengajaran bagi kita semua...DAN.....page yang terpilih untuk kali ini ialah....jeng...jeng...jeng....(buat suspen plak..)  tengok pic bawah nie...

klik untuk besarkan
















aduuusss....inilah kategori2 manusia  tak cukup sel otak.....dah la mengaku buat benda2 tak senonoh....pastu siap tayang muka pulak...!! disebabkan kesian...terpaksa la  bang liee sembur cat kat muka diorang pakai software paint...heh!!  u'all boleh chek page dengan klik  nie  .......

page fan/group untuk mencarut plak...!!!

salam sejahtera semua...

u'all semua sihat..?? kalau tak sihat...gi makan ubat dulu baru baca entry nie...!!(merapu..) okey...seblum nie bang liee dah citer pasal page   "..Kami Benci 'BLOGGER'.."      then...bang liee teruskan lagi usaha mencari page2 fesbuk yang tak bertamadun....hehe....Ahhhaaa...!!  dah jumpa satu lagi page tak de otak....meh tengok pic kat bawah nie...


klik untuk besarkan


























amacam..?? dah tengok...?? bang liee rasa admin page nie orang indon la.....tapi ada la jugak 2-3kerat orang malaysia...yang masalahnya.....apa yang rasa best sangat nie mencarut..?? mak bapak korang tak ajar ke adab bercakap neh..?? well...nobody perfect.....BUT  kalau betul suka sangat2 mencarut pon..jangan la buat page tak berilmiah nie...kang kalau mak bapak korang  chek korang ada join page nie...kan dah  kantoi......
(ish ...ke situ plak)

Saturday 19 February 2011

apasal la diorang nie benci blogger ea...??

salam sejahtera semua....

tadi bang liee on9 fesbuk saja je nak cari page group/fan....tetiba terjumpa plak page celaka neh.....


           
klik untuk besarkan














kenapa??......kenapa??.....kenapa la diorang nie ea....?? tak de sebab logik pon bang liee  nak benci diorang nie tapi apasal plak diorang bennci blogger??hmmm.....

Friday 18 February 2011

jom tikam nombor ekor kat blog IR...!!

salam sejahtera semua..

hari nie bang liee  g masok blog IR sebab nak tengok  bloglist IR.......mana tau kot-kot bang liee dapat masok ke tak dalam bloglist tue...sebab semalam bang liee dah  join JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH...
alhamdulillah....dah masok pon dalam list tue ..  ^,^

Tapi hari nie bang liee bukan nak cite pasal bloglist tue...bang liee nak cite pasal nombor ekor(WTF..)..apsal blog IR ada nombor ekor plak???  pelik...pelik..hehe3...meh usha kat gambar bawah neh...

klik gambar utk besarkan















wahhh.....follower dah cecah 2121....nie kalau kaki nombor ekor mesti terus g kedai sport TOTO..hhaha....pepon congrat to IR ye.....^,^


p/s: pssst...jangan main nombor ekor tau....berdose..!!

JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH

salam sejahtera....

huhu...akhirnya sampai gak niat nak join bloglist IR neh....hmmm..apsal nak join blog dia neh.?? bagi bang liee..blog IR neh simple n mudah difahami oleh semua orang..then,blog dia senang nak load(coz x berat sangat...hehhe)

okey..stakat tue je la pendapat bang liee..kalau u'all nak join...bleh g kat page IR nie.....  ^,^


sekian...

Wednesday 16 February 2011

please u'all...jangan translate bulat2....

salam sejahtera semua....


hari nie bang liee nak  story kat korang semua pasal translate2 neh...cuba korang bayangkan kalau ada diantara kita yang suka translate bulat2..hehe3...camnilah  akibatnya orang Malaysia kalau menterjemahkan istilah-istilah Komputer secara bulat2 (sumpah meluat...)

Istilah

Hardware = barang keras
Software = barang lembut
Joystick = batang bahagia
Plug and Play = cucuk dan main
Port = lubang
Server = pelayan
Client = pelanggan

ok....skarang bang liee try buat ayat dengan menggunakan istilah2 kat atas neh (pssst...sori la kalau bunyi dia nampak lucak sket...hehe3)

Contoh ayat

"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."

Translated

"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan."

p/s : haha....gila kan kalau jenis  kaki translate neh..mau terguling2 orang  luar kalau baca neh...     ^,^

Tuesday 15 February 2011

churp2 oh churp2......

salam semua....


hmm...apasal  tajuk kali nie pasal  churp2  haa..?? hehe3..bukan apa....sebenarnya bang liee dah lama daftar akaun churp2 nie......tapi bila chek earning churp2.....selalu je nampak telur ayam (naseb2...) ntah kenapa tetiba hari rasa nak bukak tengok(sebenarnya saja nak tengok iklan baru...)Tup-tup....aik??  dah pecah telur ayam tue??hehe3..

 (klik untuk besarkan)

tak la banyak pon...tapi first time la katakan....
















P/s : pssst.....kalau korang ada akaun churp2  mesti korang boleh agak brapa kan...    ^,^

Monday 14 February 2011

preview pengalaman korang.....

salam smua...

hari nie bang liee  nak  preview sket  pengalaman2 korang n bang liee yang lepas...antara list2 kat bawah neh mesti korang pernah rasa kan...huhu..



- kat skolah ade salesman jual buku cerita...
   hari ni bagi list, esok mintak duit
   beli walaupun cerita buku tu dah tau....



- kat library, budak2 memang baca buku tapi
   just tengok gambar je.
   bile ade program
   Nilam, sebok semua nak pinjam buku.


- RMT kat skolah makan tak  best, tapi  yang
berduit pon join RMT, tak  paham  la bang liee....

- pakai pensel box yg bole bukak depan
  belakang, pastu ade sharpener kat tengah2....huhu

- selalu main lawan pemadam,  tapi sayang nak guna untuk
   padam....
   padahal itu fungsi sebenar, untuk padam..!

- pakai pembaris yang bergerigi, kat dalam
  ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu...(hehe....bang liee la tue..)


- cikgu pakai pembaris kuning panjang....
   Ade pemegang kat tengah2 tapi  tak  pernah nampak cikgu
   pegang  pon kat situ....





- time pendidikan seni, lukis sume boleh
   tapi bile time kaler sume hampeh...(demm..)
   ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
   la, ape la...

- main game 2D...
  super contra, super
  mario, street fighter, sume pakai tape.....^,^

- jam tgn Boy London jadi  idaman, sebab bole
   tukra2  kaler  ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tapi lepas kena  inject poyo la pulak...








- balik skolah  beli JoJo tak pon Dendang.
   Tora pon best gak.
   Beli  semata2 nak
   mainan, coklat die x mkn pon....


- Kasut  ada lampu kat tapak,alaaa.....
  yang iklan die  kat TV bole tembak alien tue...






- Siri kartun; power rangers, ultraman,
  transformers, ninja turtles,
  Thundercats, maskman, Gaban dan macam2 lagi....


jangan lupe sume ni sebab zaman sekarang....
budak2 tak sempat  layan bende2 neh....
kite akan sentiasa
berubah, cume asal-usul kite yang
permanent.
huhu~


    p/s: share  la  kat  member2 korang....mesti diorg tersengeh2 bace benda2  nih...  ^,^

Sunday 13 February 2011

suara dia best ....!!!

salam semua....,

hari nie bang liee nak kongsi 1 video dari youtube...bang liee sesaja search kat youtube (alang-alang limit  broadband dah full...hehehe).... nama budak dalam vid nie najwa latif....bleh tahan sore dia(muka pon nice...hehe3)......so,korang  semua......layannzzz......^,^





p/s: amacam...??    ^,^

Akhirnya........

salam semua....,

 sejak sekian lama bang liee menhilangkan diri dari dunia blog nie...macam2 benda bang liee buat..,makan,tido,lepak2 ,tido lagi(laa...tue je aktiviti harian??)..haha3..bila chek2 balik blog nie..dah berhabuk dah pon blog nie (ahaks!)...

sebenarnya bukan apa pon......,bang liee menghilangkan diri pon bersebab....kalau nak tau sebab apa...tengok pic kat bawah nie...






















sebenarnya limit broadband bang liee dah pon expired(demm..)...hari nie baru limit dia dah top up balik...so,bang liee dengan automatiknyer terus update entry nie(yahoo !!!) ....sapa tak excited kalau limit dah full kan....heheh..okey sampai disini saja untuk entry kali nie...chowW.....^,^







Monday 7 February 2011

4 orang istriku.....

 salam semua....,

hari nie bang lie nak bagi 1 cerita  sekadar perkongsian untuk menjadi peringatan bersama...


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan
isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya
ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat
setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang
merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada
isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan
perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.


Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus
asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan
ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia
bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati
isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.
Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang
Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku
mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."





korang semua prasan tak..sebenarnya  kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;



ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja
Yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya
akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan
dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat
hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.
Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.


Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus
setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

p/s  : Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan
sampai kita menyesal kemudian hari...

Saturday 5 February 2011

lelaki hensem VS lelaki x hensem

 salam semua......


kalau lelaki handsome pendiam, perempuan ckp : woow, cool giler..
kalau lelaki tak handsome pendiam, perempuan ckp : eh, perasan bagus..

kalau lelaki handsome berbuat jahat, perempuan akan ckp : nobody's perfect..
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat, perempuan akan ckp : memang.. muka pon mcm pecah rumah..

kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan ckp : wah.. machonya, mcm hero filem..
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan ckp : entah - entah kawan dia..

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan ckp : sepadan sangat..
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan ckp : mesti kena bomoh perempuan tu..

kalau lelaki handsome ditinggalkan kekasih, perempuan akan ckp : jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggalkan kekasih, perempuan akan ckp : (terdiam, tapi telunjuknya meliuk - liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)

kalau lelaki handsome penyayang binatang, perempuan akan ckp : perasaanya halus.. penuh kasih sayang..
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang, perempuan akan ckp : sesama keluarga memang harus menyayangi..

kalau lelaki handsome bawa BMW, perempuan akan ckp : matching.. hebat luar dalam..
kalau lelaki tak handsome bawa BMW, perempuan akan ckp : bang, bosnya mana?

kalau lelaki handsome tak mau bergambar, perempuan akan ckp : pasti takut kalau2 gambarnya tersebar..
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar, perempuan akan ckp : tak sanggup melihat hasilnya?

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan ckp : ini baru lelaki gentleman..
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan ckp : naluri pembantu, memang begitu..

kalau lelaki handsome bersedih hati, perempuan akan ckp : let me be your shoulder to cry on..
kalau lelaki tak handsome bersedih hati, perempuan akan ckp : kuatnyer nangis !!!  lelaki ke bukan ni?



p/s: agak2 korang betul  ke point2 kat atas neh......??  ^,^

Tuesday 1 February 2011

perkara-perkara yang leceh bila nak buat entry baru..

salam semua,

Korang semua mesti ada pengalaman masing-masing kan bila nak  buat entry baru.....Heh!! tipulah kalau tak pernah...tapi tak apa...anggaplah tue semua cabaran-cabaran yang harus ditempuhi oleh smua blogger(chewwah....ayat!!)okey...meh tengok list2 kat bawah nie....


1)internet slow











jangan kata nak bukak facebook...nak buka homepage google pon amek masa 10 minit....naseb2... *_*




2) tak de idea nak buat entry baru













he3...tue perkara biasa beb...semua penah rasa kan??




3)nak buang airkecik/besar













kes nie mungkin x ramai kot..heheh


4) pening nakk letak tajuk entry













yang nie pon satu hal jugak..huhu....



p/s: semua list-list kat atas nie bang lie pernah rasa...korang...??   ^,^

Saturday 29 January 2011

bekalan coklat akan berkurang..??

salam semua,

Nie berita yang bang lie baru dapat tadi....Mungkin berita nie dah lama dah dan ada yang dah tahu....Tapi  bang lie saja nak update kat sini  just untuk share kat semua......^,^
..
..
..
Dunia berhadapan kemarau coklat menjelang 2014

ABIDJAN - Coklat mungkin tidak lagi dapat dinikmati orang ramai kerana dunia bakal berhadapan dengan masalah kekurangan coklat dalam tempoh beberapa tahun lagi, menurut amaran yang dikeluarkan pakar, kelmarin.

Pergolakan politik di Ivory Coast, iaitu negara yang menghasilkan 40 peratus biji koko di dunia, nyata sekali telah mengurangkan jumlah pekebun koko di negara itu.

Kebanyakan mereka terpaksa berpindah ke Afrika Barat kerana negara bergolak itu tidak lagi membenarkan tanaman koko diusahakan.

Program melatih para pekebun baru dan menyelesaikan masalah kekurangan bekalan koko juga adalah perkara yang mustahil.

Keadaan itu turut memberi kesan kepada syarikat perusahaan coklat yang terpaksa berhadapan dengan harga biji koko paling tinggi sejak lebih 30 tahun lalu.

Harga biji koko meningkat sebanyak 10 peratus pada bulan ini, sekali gus penganalisis meramalkan harga satu tan metrik boleh mencecah sehingga AS$3,720 (RM11,400).
















 sumber dari: sinar harian


p/s: demm....kalau lah ramalan tersebut benar-benar akan terjadi...pasni mungkin harga coklat akan melambung-lambung naik..dah jadi macam harga minyak masak pulak....heh!!!(psss..cepat simpan banyak-banyak stok coklat korang!!)

Wednesday 26 January 2011

berbaloikah kita...??

salam semua,

1)berbaloikah kita semua bekerja 12 jam sehari semata-mata nak dapatkan gaji RM500 sebulan??

 2)berbaloikah kita untuk terpaksa berjemur di tengah panas terik semata-mata nak dapat gaji ciput??

 3)berbloikah kita semua terpaksa  "miss"  waktu  solat semata-mata nak cover duit OT??

 4)berbaloikah kita dimaki/dicaci  setiap hari oleh bos semata-mata nak bayar duit ptpn/kptm??

 5)berbaloikah aku bekerja dengan gaji RM500 sebulan  semata-mata untuk sara hidup??(bayar
    pinjaman,makan minum,duit minyak...berapa banyak aku boleh simpan dalam sebulan....??)

 6) berbaloikah aku bawak moto 100 km/j semata-mata nak sampai tempat kerja sebelum pukul 7.00a.m
     hanya nak dapatkan elaun rajin.....??



 

kepada semua belia kat luar sana...aq nak bagitau sikit kat korang.....JANGAN PILIH KERJA,TAPI PILIHLAH GAJI.....kerja tukang kebun pon kalau gaji basic dah RM1000 ke atas sapa nak tolak,betul tak...?? Dengan fenomena "barang naik" yang berlaku kat negara kita nie..sapa boleh hidup dengan gaji RM500 kebawah....?? u all jangan terkejut coz masih ada syarikat2/majikan yang bayar gaji kepada pekerja diorang RM4oo....!!



p/s: sebab tue la bang liee lebih senang kerja sendiri.....usaha banyak,income banyak,usaha sikit,income sikit....  ^,^

Saturday 22 January 2011

2 bijik laptop skali gus......!!!!

minggu nie bang lie bizi sket...mana taknye...2 bijik kena format skali gus...latop acer ngn compac...aduuss...mana nak kena cari driver lagi(abes limit broadband aq..)pastuh dvd-rom buat hal pulak...naseb2..meh tgok camna rupa laptop tuh

sebelum format(grafik laptop acer tuh cam ganpang je..hehe)











sampai hari nie still x siap2 lagi(sebenarnya saja buat lambat2..hihi)...sebab tuh la bang lie jarang update entry baru...sedar2 je blog ni dah kena hack plak...cheh..!! chek kat entry nie

Friday 21 January 2011

sape hack blog aq....?? ~_~

salam,

adehhh....sape la yang kuang ajar buat kerja2  ccelaka neh...kalau tgok tajuk kat atas memang bleh cam kan apa aq nak cakap kan...??tatpi......apa benda yang kena hack neh....??

camni,pagi tadi bang lie bukak blog ada lagi comment2 dari entry susah ke.......??....then,bang gi la  smbahyang jumaat kt masjid pokok sena,.....pastu,bang lie log in semulal blog.......

aik....??hilang suma commment..??camna bleh jadi camni..??nak kata orang kacau laptop bang lie....x jugak,bilik aq dah  kunci dah sebelum kluar rumah....hadui....naseb2.....




p/s: kalau aq x dapat detect lagi x pa... kalau dapat detect....memang nak cari nahas la malaun orang tuh..

Monday 17 January 2011

susah ke ......??

salam sume...

miggu lepas member bang lie jumpa bang lie kat restoren nasi kandar(tempat..rahsie..).dia suruh bang lie format laptop dia..sepatotnya dah siap ari nie..tapi nak buat  camna...kesibukan mengatasi segalamnya..huhu...so,kepada member bang lie harap maafkan yer....Tapi ari nie bang lie bukan nak citer pasal tuh....bang lie nak citer perkara yang boleh kiter buat tapi rasa macam  susah bebenor nak buat....
haa..ape kebende tuh....meh tengok list kat bawah neh.....


1) mintak maaf













kalau nak memaafkan orang  bang lie pon boleh buat....tapi nak mintak maaf..hmm...bang lie rasa lebih besar dari mengangkat lori treler..bang lie pon tunggu raya puasa je..,,hehe


2) bayar hutang










haaa....ni kes aq menyampah sket.....setakat ari neh...alhamdulillah bang lie x berhutang  dengan orang lagi.(hutang ngn kptm je x abes lg..hehe) ...tapi orang yang berhutang dengan bang lie memanggg berlambak.......tiap kali bang lie bukak bab neh..slamber je diorang cakap "ari neh aq x ada duit lagi,sok boleh??"selalunya kes repair pc la neh...bila pc rosak,terkedek-kedek cari bang lie,bila pc ok je...cepat je diorang menghaibkan menhilangkan diri...bleh pulak "cipta" alasan pelik2...huh,ape punya spesis daaa...

3) bangun awal










kes ni mungkin korang boleh handle...tapitidak bagi bang lie..(what??)...huhu,aq ada 1 penyakit yang susah nak jumpa ubat..suka bangun lambat....aq lebih suka tidur pagi,start pukul 9 pagi sampai pukul 3 petang...yang peliknya, bila time malam rasa cam susah plak nak tidur..apaesal ea...?? aq dah try tutup mata atas katil,makan ubat tidur,hentuk-hentuk kat dinding*merapu*....pon x de hasil gak...ade ke tip2 lain nak bagi tidor malam ea..??






p/s: tengok...!! tengah sibuk2 taip entry neh...x sedar dah pukul 4 pagi dah...huh..!!bila la nak hilang "penyakit" neh....=>

Saturday 15 January 2011

mesyuarat agung blogger2 malaysia!!

 ape kata chek dulu  kat page bawah neh.....

Gembleng blogger Pakatan hadapi PRU 13(harakahDaily)


Sebenarnya bagi saya dunia seorang blogger tidak lepas dari sifat keikhlasan dan kejujuran semasa mengeluarkan berita, apa matlamat sebenar pemberitaan dan seperti yang dikatakan oleh Tuan Guru Datuk Nik abdul Aziz Nik Mat malam tadi ada dosa dan pahala dan ada kaitan dengan syurga dan neraka serta ditanya kelak di akhirat dengan apa yang ditulis dalam blog masing-masing,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily."




antara keratan akbar tersebut...







p/s : bagi bang lie inilah yang sangat2 bang lie setuju...nak tanya sket..apa yang kita dapat bila menipu dalam blog??.... happy??best??bangga?? lagi...??so.fikir-fikirkan dan renungkanlah...ahaks :P

Thursday 13 January 2011

kisah orang tua...

Pada satu hari seorang lelaki tua berumur 75 tahun telah datang berjumpa dengan seorang doktor untuk membuat analisis kandungan jumlah sperma yang ada di dalam air maninya.

Kemudian doktor itu pun memberikan botol sambil berkata "Pakcik ambil botol ini dan esok datang balik jumpa saya bersama dengan contoh air mani pakcik di dalam botol ini ye."

Pada keesokan harinya, lelaki tua itu datang kembali bersama botol yang diberikan oleh doktor semalam. Namun begitu doktor itu tengok di dalam botol itu kosong saja dan tidak ada lansung air mani orang tua itu. Lalu doktor pun bertanya kepada orang tua tersebut, mengapa tak diisi contoh air mani ke dalam botol tersebut.

Lalu lelaki tua itu pun menjawap.
"Tuan doktor, ceritanya begini, memula tu saya gunakan tangan kanan saya tapi tak dapat jugak. Kemudian saya cuba guna pula tangan kiri saya pun tak dapat jugak. Kemudian saya suruh isteri saya tolong pula. Isteri saya memula guna tangan kanan tapi tak dapat jugak, kemudian guna tangan kiri pun tak dapat jugak. Kemudian isteri saya cuba menggunakan mulut pula, memula dia pakai gigi dalam tapi tak dapat jugak, kemudian guna gigi di luar pun dapat jugak. Sungguh susah, akhirnya kami panggil anak perempuan jiran di sebelah rumah kami, dan dia juga telah mencuba gunakan mulut dan tangan tapi tak dapat-dapat jugak." Terang lelaki tua itu.







Doktor amat terperanjat. "Apa..! Awak mintak tolong dari anak perempuan jiran awak..??!!!!"

Lelaki tua itu menjawap lagi. "Ya betul tuan doktor, bagaimana kuatnya kami berusaha, tapi masih tak dapat-dapat juga nak bukak..............PENUTUP BOTOL nih...!"




sewa hotel mahal...

Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.

Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.

"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".

Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kuanter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".

"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.

p/s:hehehe...naya je pelancong 2 kan....



Monday 10 January 2011

3 hari yang kacau bilau....



apasal pelk ja tajuk neh??..huhu cmni citenyer..dalam masa 3 ari internet bangl ie trus jadi slow..dalam masa 3 ari jugak aq demam..sebab tue x leh nk update entry baru...berukband ni pon 1 hal...kalu dia nak laju,dia laju,kalu dia nak slow,sliow je beruk sekor nih...suka ati dia je..hmmm...cmna ea??

p/s: naya kes ni...heheh

Thursday 6 January 2011

nk komen ape ea...??


tengah borink2 time nie..bang lie belek paper ari nie..tetiba terusha  terpandang 1 tajuk yg boleh kira menarik la....jap2, tgah copy paste sat...haa...tgok kt baawah....





Ramai wanita Britain peluk Islam

LONDON - Wanita kulit putih adalah antara golongan paling ramai memeluk Islam di Britain sepanjang tempoh 10 tahun lalu.

Jumlah penduduk negara Eropah itu yang memeluk Islam turut meningkat daripada 60,000 orang kepada 100,000 dalam tempoh sedekad, melalui tinjauan pertubuhan bukan kerajaan, Faith Matters.
Sekurang-kurangnya 5,200 penduduk Britain memeluk Islam sepanjang tahun lalu.

Wartawan, Lauren Booth (gambar) yang juga adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair menarik perhatian ramai apabila mengumumkan telah memeluk Islam, tahun lalu.

Tinjauan yang dijalankan terhadap 122 mualaf itu menunjukkan sebanyak 56 peratus daripada mereka adalah rakyat Britain, dan 62 peratus lagi merupakan wanita kulit putih.




bang lie dapat sumber dari sinar harian  hari nie..hmm, ape la nk bg komen kt atas nie ??

p/s : senang cite...no komen...hohoho







Tuesday 4 January 2011

lawak= Haram Menikah Dengan Gadis Satu Kampung

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'sasau apo haaa'?! 
 
 

singapura kedua terbaik dunia...??

Ekonomi Singapura kedua terpesat di dunia

SINGAPURA - Ekonomi Singapura dijangka terus berkembang kepada 14.7 peratus pada 2010, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI).

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan perkembangan semasa negara itu menyebabkan pertumbuhan ekonomi paling pesat selepas Qatar.

Laporan awal menunjukkan ekonomi negara itu meningkat sebanyak 12.5 peratus pada suku tahun keempat 2010 berbanding suku tahun ketiga dalam tahun yang sama sebanyak 10.5 peratus.

MTI akan mengeluarkan anggaran awal Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) untuk menilai prestasi sumber ekonomi bagi tempoh suku tahun keempat dan sepanjang tahun 2010 . 

 Ini berita yg bang lie baru dapat tadi..sumber dari sinar harian...kekadang bang lie jeles gak apasal kita tak semaju diorang...ya,maybe singapore bukan negara islam ,diorang membangun x ikut cara islam,tapi dengan hasil bumi yang melimpah ruah kt negara kita..kenapa kita still terkebelakang dgn singapore..so,x mustahil ekonomi kita lebih tip top maju dr diorang.. ;p


p/s: it just pendapat bang lie je..so,suma orang x sama pendapat,right..?? huhu

Sunday 2 January 2011

~salam pertama~ ^,^






masih smpat lg kot nk ucap slamat taun baru??huhuhu...akhirnya trcapai gak azam taun baru aq nk wat blog rojak merapu neh..hahah..i'm still new at here..hmmm....ape org ckap?? newbie?? heh!! x kesahlah apa pon..janji gua stedy happy...ahaks!
...
...
...
...
...
...
...
...
...
asal nama blog nie bang liee??huhu...2 sbanarnya nick name admin mase stdy dulu..asalnya diorang panggil liee aje,tp bila dah senior tpaksa la junior2 pggil bang(abang) liee..hohoho(nada eksyen)..so,lekatlah nick 2 smpai skang..

p/s: wish kt diri sndiri:welcome 2 blogger's world..(ayat macam nk muntah.. :p)

LIKE..LIKE...LIKE....

iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yang nie pon usha gak...^_^