tenDollar

Sunday 13 March 2011

Rakyat Malaysia paling tinggi bazir air...!!

salam sejahtera semua...

lihat keratan akbar dibawah...

Rakyat Malaysia paling tinggi bazir air

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia antara pengguna yang paling banyak membazir air berbanding negara lain di Asia Tenggara.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, menurut Kajian Penggunaan Air Domestik, penduduk Malaysia menggunakan purata 226 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura (155 liter) dan Thailand sebanyak 90 liter setiap hari.
Katanya, kadar penggunaan air yang disyorkan untuk setiap penduduk di negara ini ialah 165 liter setiap hari dan penggunaan air semasa oleh setiap individu mencerminkan tabiat pembaziran oleh masyarakat.

"Sekiranya penduduk Malaysia mematuhi kadar penggunaan air yang disyorkan itu, maka pengguna boleh menjimat sehingga 28.2 meter padu setiap isi rumah yang membawa kepada penjimatan RM18.33 sebulan," katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti Hijau 2011 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, hari ini.

Chin berkata, mengikut kajian itu, 70 peratus daripada responden menyatakan mereka tidak mungkin mengurangkan jumlah penggunaan air di rumah masing-masing pada tiga tahun akan datang.-Bernama

sumber: sinar harian

p/s: nice.....mungkin itu satu rekod yang 'membanggakan'  ^,^



6 comments:

  1. siapa yang suka mandi lama2 ni?

    ReplyDelete
  2. mcm2 la ..cuci keta pon samapi berapa kali seminggu...tu blm buag air besar dgn pili terbuka airnya....huh memang sahabt setan nih...

    ReplyDelete
  3. @p@kcikLie / mamadiana senang citer..guna la ikut keperluan sesebuah rumah kita..

    ReplyDelete

LIKE..LIKE...LIKE....

iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yang nie pon usha gak...^_^