tenDollar

Wednesday 14 December 2011

BAUCHER BUKU RM200 KEPADA STUDENT IPTA,IPTA....

salam sejahtera semua......

pengumuman kepada semua pelajar2 bagi tingkatan 6,IPTA,IPTS..nie ada satu berita nk kasitaw kt korang...hehehh nada syok .bermula jan 2012 nie semua nama2 yang terlibat layak mendapat baucher RM200(satu baucher RM50)....

Di bawah ni adalah syarat2 untuk mendapat baucer Rm 200 tersebut..
1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D, matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di Tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4.Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5.Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

p/s:bila bang liee baca syarat2 no 8 tue...trus x bleh nak salah guna untuk beli benda lain....hehehhh ..tapi student2 boleh gunakan duit baucher nie bagi mengurangkan perbelanjaan duit ptptn..ye tak???  ^,^

0 comments:

Post a Comment

LIKE..LIKE...LIKE....

iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yang nie pon usha gak...^_^